9 Haziran 2013 Pazar

Diana Danielle Selamat Melahirkan Anak Lelaki di Australia?

 



Tahniah kepada pelakon dan pengarah popular, Farid Kamil jika benar isterinya Diana Danielle telah selamat melahirkan seorang bayi lelaki sekitar hujung Mei 2013 lalu. Farid Kamil atau Diana sendiri juga tampak tidak langsung menulis sebarang perkembangan tentang kelahiran anak mereka (jika betul) sebelum ini yang menjadikan hal ini satu tanda tanya.

anak farid kamil

Berita ini mula tersebar apabila akhbar KOSMO! antara tabloid terawal yang melaporkan berita ini. Menurut laporan tersebut, Diana telah melahirkan seorang bayi lelaki di sebuah hospital berdekatan tempat tinggal Diana di Sydney, Australia. Tapi dari semakan kami, KOSMO telahpun menarik balik berita tersebut dan tindakan tersebut amatlah menghairankan.

Diana-Danielle-Farid-Kamil1

Apapun Farid Kamil pada hari ini juga kebetulan berkongsi gambarnya mendukung seorang bayi lelaki di Instagram yang tidak diketahui ianya anak dia atau anak siapa.

Screen Shot 2013-06-09 at 5.27.55 PM

Apapun lantaklah apa orang nak kata pun, yang penting kalau berita ini betul pun syukurlah Diana telahpun selamat melahirkan cahaya mata. Untuk makluman, pasangan ini bernikahpada 3 November 2012 lalu dan dua minggu selepas itu Diana mengumumkan bahawa dirinya telahpun mengandung. Artikel perkahwinan mereka ada kami coretkan di sini.

Apapun sebarang perkembangan lain akan kami maklumkan untuk mengesahkan berita ini benar atau tidak.

UPDATE: Dari penjelasan beberapa pihak yang mengikuti perkembangan Farid & Diana, menurut mereka bayi yang diupload ke Instagram Farid Kamil adalah anak buahnya dan bukan anaknya sendiri. Jadi artikel yang menjadi tanda soal ini terjawab (jika benar) bahawa Diana Danielle masih belum bersalin lagi dan dijadualkan bersalin pada buan hadapan.

Tapi agak menghairankan kenapa baru hari ini Farid nak upload gambar dengan caption “welcome to the world my boy” sedangkan dah 2 minggu anak saudaranya lahir. Apapun diharapkan artikel ini menghentikan desas-desus dan kata-kata yang tidak baik seperti yang tersebar sebelum ini.

Hiç yorum yok:

Yorum Gönder