9 Haziran 2013 Pazar

(Gambar) Majlis Resepsi Perkahwinan Beego Dan Linda Hashim

ohartis-resepsi-beego-lindahashim-1

Semalam berlangsungnya majlis resepsi pasangan Beego dan Linda Hashim yang bertempat di Dataran Karyawan, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS), Hulu Kelang. Pasangan ini telah diijabkabulkan pada hari Jumaat dengan sekali lafaz di Masjid Usaimah, Wangsa Maju.

Majlis persanding yang berkonsep fantasi filem ini meriah diserikan dengan pelamin yang berwarna hitam putih dan didekorasiikan indah umpama majlis dalam taman. Beego dan Linda kelihatan sangat anggun dan menawan mengayakan busana rona ungu dan hitam.

Beberapa rakan artis juga turut hadir memeriahkan lagi majlis ini iaitu pelakon Que Haidar, Zed Zaidi, Rozie Othman, Hamidah Wahab, Ku Faridah, Fadhilah Mansor, dan Wan Nor Azlin.

Pasangan ini juga dimaklumkan bakal berbulan madu di Bali, Indonesia.

ohartis-resepsi-beego-lindahashim-8

ohartis-resepsi-beego-lindahashim-7

ohartis-resepsi-beego-lindahashim-2

ohartis-resepsi-beego-lindahashim-3

ohartis-resepsi-beego-lindahashim-4

ohartis-resepsi-beego-lindahashim-9

OHARTIS: TAHNIAH DIUCAPKAN KEPADA MEMPELAI. SEMOGA IKATAN PERKAHWINAN YANG DIBINA KEKAL HINGGA KE AKHIR HAYAT.

Hiç yorum yok:

Yorum Gönder