9 Haziran 2013 Pazar

Hanis Zalikha Daripada Penulis Blog Kepada Artis Terkenal

hanis-zalikha

Siapa sangka kejelitaan dan minatnya menulis blog telah melonjakkan nama dan seterusnya membuatkan dia terjerumus dalam indsutri hiburan tanahair. Bermula sekadar mencuba, penulis blog inibelogsaya.blogspot.com Hanis Zalikha nyata tidak menyangka dalam masa setahun namanya mula dikenali ramai sebagai selebriti.
“Saya terkejut juga sebab permulaan saya terjun dalam dunia hiburan ini hanya sekadar untuk mencuba, tapi tak sangka dapat bertahan sehingga kini. Buat masa ini, saya lebih fokus dalam bidang pengacaraan. Sekarang saya mengacarakan rancangan hiburan ‘Muzik Xtra’ di saluran TVi, ‘Raikan Cinta’ di Astro Ria dan bakal menjalani penggambaran rancangan ‘travelogue’ yang disambung untuk musim kedua, ‘Mad Markets’ di TV9,” jelas gadis manis berusia 22 tahun ini.

ohartis-Hanis-Zalikha-01

Bukan sahaja mengacara, Hanis Zalikha kini sudah pun bergelar bintang filem apabila dia membintangi filem Gangster Celop yang bergandingan dengan pelakon dan pengarah terkenal iaitu Syamsul Yusof dan Kamal Adli. Terbaru, Hanis bakal menerajui acara karpet merah di Anugerah Blokbuster 2 di samping Tasha Shilla, Hefny Sahad dan Hafizul Kamal pada 15 Jun 2013 ini.
“Pertama kali mengacarakan acara karpet merah, saya rasa agak gementar. Saya akui banyak ilmu yang saya timba ketika mengacarakan rancangan ‘Muzik Xtra’ kerana rancangan itu disiarkan secara langsung dan pengalaman itu sedikit sebanyak membantu saya. Selain itu, saya akan melakukan persiapan untuk malam tersebut seperti menghadiri kelas pengacaraan yang akan dikendalikan oleh Datuk Aznil Haji Nawawi,” jelas heroin filem ‘Gangster Celop’ ini lagi.

ohartis-Hanis-Zalikha-Gangster-Celop-01

ohartis-Hanis-Zalikha-Gangster-Celop

Untung Allah beri wajah dan tubuh badan yang cantik ni. Semua orang suka. Sebab tu perlunya kita panjatkan kesyukuran dengan mengikuti setiap perintahNya. Renungkanlah dan sama-sama perbaiki diri.

Hiç yorum yok:

Yorum Gönder